M.Nazri Che Hassan atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Mayee, beliau adalah salah seorang ‘Crypto Community Builder’ dan pengasas kepada MyCryptoversity dan modul Beranikripto sejak 2016
Terlibat dalam dunia kewangan dan pelaburan sejak 2008, pernah menjadi perunding kewangan di salah sebuah institusi kewangan (2008 – 2017), pelabur di Bursamalaysia (2008 – 2015), pengamal & mengajar Teknikal Analisa (2012 – kini)
“Saya mula mengenali Bitcoin tahun 2013 pada masa tu harga 1BTC bersamaan dengan Rm154, tapi saya tak beli sebab saya tak faham dan skeptikal pasal Bitcoin. Jadi saya ambil keputusan untuk pantau dan cari bahan bacaan berkenaan Bitcoin tapi malangnya pada masa itu tak banyak maklumat berkenaan Bitcoin dan kripto malah bahan bacaan yang banyak pada masa tu hanyalah kritikan, kecaman, hentaman dan pelbagai perkara negatif.
Pada tahun 2015, saya melihat kenaikan harga Bitcoin sangat sangat ketara daripada Rm54 (2013) ke Rm1000 lebih (2015) tapi pada masa itu saya masih belum faham pasal Bitcoin, sehingga lah saya memiliki Bitcoin pertama saya pada harga Rm1040, baru lah saya faham berkenaan Bitcoin dan kripto.
Rupa-rupa nya selama ini saya telah buat kesilapan, saya ingat dengan hanya membaca sahaja, saya boleh faham apa itu Bitcoin tapi rupanya kita kena miliki Bitcoin terlebih dahulu baru lah kita faham fungsi, cara guna dan faedahnya kepada diri kita dan masyarakat.
2 tahun saya buang masa dan terlepas peluang membeli Bitcoin masa harga murah.
Bermula dari kesilapan dan kesedaran ini lah, pada tahun 2016 saya mula berkongsi dengan masyarakat di luar sana tentang penggunaan, faedah, kelebihan, ruang dan peluang yang ada dalam Bitcoin, Kripto & Blockchain.
Saya juga tidak lari daripada di tipu, d scam akibat kebodohan dan ketamakan diri sendiri yang menyebabkan saya kerugian kehilangan ratusan Bitcoin kerana pada masa itu maklumat tentang Bitcoin & Teknologi Blockchain sukar didapati, tidak seperti hari ini. Hari ini maklumat berlambak malah berlebihan sehingga newbie tidak tahu untuk memilih, mengikuti yang mana satu terlebih dahulu
Dari sini lah segalanya bermula…
Berbekalkan pengalaman jatuh bangun dalam dunia kripto, tahun 2016 saya mula membuat seminar ‘Bitcoin – Evolusi Kewangan’ di beberapa negeri di seluruh negara. Saya tidak mahu orang lain juga buat kesilapan sepertimana yang saya penah buat.
Dari sini lah lahir nya modul #Beranikripto yang Alhamdulillah telah melahirkan 17 orang jutawan kripto sehingga hari ini.
7 tahun pengalaman perjalanan jatuh bangun saya dalam dunia kripto, saya kongsikan dengan sesiapa sahaja yang berminat.
Selamat Datang ke circle MyCryptoversity!
– Mayee Nazrich
#DukKampungTakpeJanjiAdaCrypto