NOTIS PEMBERITAHUAN 06 Sept, 2023

Salam Duka Buat Semua Cryptonation Yang Kami Sayangi

Dukacita di maklumkam bahawa kami telah menerima surat notis daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang bertarikh 5 September 2023, – Arahan Untuk Menghentikan Menjalankan Perniagaan Aktiviti Terkawal Nasihat Pelaburan

Kami diarahkan dengan segera untuk menghentikan semua aktiviti yang menimbulkan nasihat pelaburan melalui mana-mana cara saluran komunikasi termasuk kelas atau seminar, ruang sembang atau media sosial. Arahan ini berkuat kuasa dari tarikh surat 5 September 2023.

Oleh yang sedemikian, bagi menghormati keputusan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, kami dengan berat hati ingin memaklumkan bahawa bermula dari 6 September 2023, laman web ni tidak lagi digunakan sehingga notis pembekuan ini ditarik balik atau diubah suai dan sekurang-kurangnya buat sementara waktu dibekukan.

Kami akan menghubungi pengawal selia SC untuk membincangkan isu pembekuan ini.

Kami amat berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera untuk kebaikan industri digital negara.

Sekali lagi, kami mohon maaf diatas segala kesulitan 🙏🙏🙏

Admin,
Beranikripto

error: Alert: Content selection is disabled!!
× Apa boleh saya bantu anda?